Monday 27 January 2014

TRIP TO KOREA (DAY 3)

Assalamualaikum and hiii ..

Dah berkurun dah pergi korea,tapi baru nak update pasal benda tu. Sebab nak bagi panduan or 'overview' pada sapa2 yang nak pergi lepas ni :) Harap membantu walaupun sikit.
Lately busy sikit dengan final exam,thats why tak sempat nak update.

Okay,nak cerita ni,hari ke 3,kitorang start bertolak dari Busan ke Seoul. Weee~ excited sangat! Tak sabar nak pergi Seoul. But,actually sedih juga sebebnarnya sebab tinggalkan Busan. Busan sangat best. Dah la guesthouse ktorang tuh tepi pantai. Huhu. Best je lepak memalam kat sana. Boleh rasa angin and air laut korea. LOL.

Awal pagi jam 10am macam tu ktorang start gerak ke Busan station (lebih kurang macam KL sentral)

Busan Station

Cara-cara nak pergi Busan Station,dari Haeundae :
  • Dari Haeundae station(line hijau),terus je naik sampai ke Seomyeon station.
  • Dekat situ,kita akan tukar line ke line warna OREN. Seomyeon station ni terletak kat station nombor 219
  • Naik line oren dan terus turun kat Busan station 
  • Ada 6 station dari Seomyeon station ke Busan station
Mudahkan ? haha yang penting ada map,semua benda boleh buat sendiri :) Tak susah pun.
Sampai sana nanti,kena jalan sikit untuk ke Terminal dia. Tak jauh pun.

Info yang perlu/sunat nak tahu:
  • Nama train: KTX train
  • Tiket dari Busan station ke Seoul station approximately = 55000 won (lebih kurangla.tak ingat exact amount)
  • Boleh kata setiap jam ada train ke Seoul. So,mudah dan jangan bimbang anda terlepas :)
  • Perjalanan dari Busan station ke Seoul station,2 jam 30 minit je!! Padahal jarak lebih kurang 450km kot. Tak sure
  • Maximum speed: 300km/h

Memang laju KTX ni tapi bila duduk dalam tu,tak rasa pun sebab staaabiiilll yang amat. Takda goyang2 macam errr train kita. Memangla jauh beza kalau nak bandingkan tapi heee memang stabil la. (sorry..)

Dipendekkan kisah,sampai je Seoul station ktorng terus ambik subway(ala2 lrt) ke Myeong-dong .Dekat situ la terletaknya guesthouse ktorg kalau dekat Seoul ni.

Cara-cara nak pergi Jhonor guesthouse :
  • Ambik seoul metro line 4 = line warna biru
  • Myeongdng terletak 2 stesen daripad seoul station
  • jalan kaki dari myeongdong station ke Jhonor guesthouse

p/s:our guesthouse quite far actually from the station. about 300 meters  maybe. Benda tu terletak atas2 bukit,area Namsan Tower. Gilaaa penat jalan kaki naik bukit tu dengan bagasi. Nasib baik cuaca sejuk. Heee..






Sampai je dekat guesthouse ni,ktorg rehat jap and solat semua. Selepas magrib macam tu,ktorg keluar cari makan n shopping area Myeong-dong market.Myeong-dong market ni macam uptown or pasar malam la. Banyak jual baju,seluar, accessories and so on. Market ni agak terkenal juga dekat Seoul ni. Antara tempat yg wajib pergi kalau datang Seoul. Tapi market ni tutup awal. Jam 10pm mcm tu tutup da. Kalau nak beli souvenir,sya syorkan datang sini. Sebab boleh kata bnyak jugala benda2 yg boleh dijadikan buah tangan .Yg penting,boleh tawar-menawar.Kena pandai tawar menawar kalau nak berjimat. Tawar serendah yang boleh :) Hehe

After membeli belah kat sini,ktorg pun pergi cari makan. Since ktorg takda tour guide, ktorg cari sendiri makanan halal kat Seoul ni. We knw one place yg ada few restoran halal,dekat Itaewon.Mcm mn nk pergi sana? Haaa senang je,ambik metro terdekat dan terus je pergi Itaewon station, line 6,warna coklat. Kalau kita ambik metro dari station Myeong-dong(line biru/line 4),kita perlu berhenti kat Samgakji station utk tukar line ke line coklat=line 6. Then,dari Samgakji,hanya 2 station je utk sampai ke Itaewon. Senang kan :)

Okay,sampai kat sana,memang banyak makanan halal. Mostly makanan2 arab la. Ada juga restoran melayu and makanan korea yg halal. Tapi malam tu,ktorg decide makan buffet kat salah satu kedai arab ni. Notbad la the promotion. 17,000 won (kalau tak silap) per head. So eat as much as you want.


Selesai makan,masa on the way nak balik tu,Ya rabbi,boleh pula tertinggal handphone dalam metroo. Grrr!!! Masa keluar metro,baru perasan handphone takda. Rasa nak menjerit je kat metro suruh tunggu. huaaa tapi nak buat macam mana,memang tak dapat kejar la metro tu :( handphone tu baru beli last two months :'( sedihhhhhhh.............

Kesimpulannya,ni je la coretan untuk hari ke 3 di Korea :) Banyak pahit manis,suka duka yg dilalui harini.Oh ya,besok hazim datang da. haha. Everyone was waiting for him. So,jangan lupa nantikan entri2 yg seterusnya. Lepas ni lagi banyak tempat2 menarik yg ktorg pergi :))) Weee~ tunggguuuuu

p/s: Rasa frust hilang handphone. Tapi mungkin ada hikmahnya. Tawakal ja la. InshaAllah ada rezeki,pasti jumpa juga. Heee