Friday, 26 July 2013

SURAH AL-KAHFI

Bismillah..
Salam Ramadan semua :) malam ni dah masuk malam 17 ramadan. Bersamaan malam nuzul Quran. Dan yang paling penting,malam ni jugak malam JUMAAT :) 

Terlalu banyak sunnah nabi pada hari jumaat tapi antara sunnah yang saya nak share hari ini ialah sunnah MEMACA SURAH AL-KHAFI :)

Memang tak ramai yang sedia maklum tentang hal ini sebab masyarakat kita dah terbiasa dengan budaya membaca surah yassin pada mlam jumaat. Dah jadi macam budaya dan kewajipan da..Huhu..
 Kan lebih afdhal kalau kita tukar bacaan yassin tuh kepada surah alkahfi :)

Memang tak salah baca surah yassin tapi apa salahnya kita ikut sunnah nabi pada malam jumaat ni :) surah yassin hari2 lain boleh jugak baca,jangan khususkan pada malam jumaat je ye. Memang kita tak mampu nak buat semua sunnah baginda tapi sekurang-kurangnya kita cuba untuk buat salah satu daripadanya iaitu membaca surah alkahfi di malam/hari jumaat.



Sesungguhnya terdapat beberapa fadhilat membaca surah alkahfi,antaranya:


"Sesiapa yang membaca surah alkahfi pada malam jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan baitullah." (HR Al-Baihaqi)

Daripada Muaz Ibni Anas,berkata Rasulullah SAW "Sesiapa membaca dari surah Alkahfi maka jadilah baginya cahay daripada kepala hingga ke kakinya,dan dan sesiapa yang membaca keseluruhannya maka jadilah baginya cahay antara langit dan bumi" (HR Ahmad)
Antara kelebihannya yang lain ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.  Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :"Daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: "Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal."
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]


Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu'an:"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya."
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]



SEKIAN TERIMA KASIH


p/s: Renung-renungkan dan selamat beramal :) betulkan kalau ada kesilapan dalam dalil/hadith diatas. Semua manusia tak sempurna..Assalamualaikum :D 

No comments:

Post a Comment