Monday 28 April 2014

Musibah itu suatu ujian

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Petang ni rasa terpanggil untuk buat entri ni.
'Musibah itu suatu Ujian'....
Semua orang pasti akan diberi ujian oleh Allah
Samada ujian kekayaan,kebahagiaan,kemiskinan,kekecewaan dan sebagainya
Jalan menuju ke syurga itu tidak mudah
Jalan menuju ke arah kebaikan itu juga tidak mudah
Pasti akan ada ujian di setiap perjalanan kita
Tapi apa yang paling penting,adakah kita berputus asa di tengah jalan atau meneruskan langkah kita?
Iya,kadang2 perasaan putus asa itu pasti akan muncul dan seakan-akan hendak berpatah balik atau berhenti
Tapi,Allah pernah pesan kat kita dalam quran,'janganlah Engkau berputus asa daripada Rahmat Allah' (tak ingat surah apa ayat mana)
Diri ini pun pernah juga berputus asa dan cuba menyalahkan takdir. Sebab apa? Sebab iman lemah..
Yes,saya seorang manusia,yang banyak kekurangan dan iman turun naik..
Tapi macam mana pun,kembalilah balik pada Dia.
Mungkin kita dah lama abaikan Dia

Bila kita doa mintak kekuatan,datang ujian
Bila kita doa mintak ketabahan,datang lagi ujian
Kenapa??? Sebab Allah sayangkan kita.
Dia bagi ujian supaya kita lebih kuat dan tabah
Dia tahu dengan ujian2 tu,selepas ni kita sudah cukup kuat dan tabah untuk menghadapi apa2 dugaan

Bilamana ujian atau dugaan yang menimpa kita makin hebat,itu bermakna Allah pun mahu kita menjadi makin hebat lepass ni.
Dia mahu mendewasakan kita
Dia mahu ajar kita macam mana hendak menjadi dewasa  
Allah mahu kita bergerak dari tempat yang rendah ke tempat yang lebih tinggi
Ibarat mendaki gunung
Makin tinggi gunung yang dapat kita daki,makin cantik permandangan yang kita akan nampak dari tempat tersebut
Indah bukan perancangan Allah
Mungkin kita tidak nampak musibah atau ujian itu suatu keindahan tapi yakinlah,apabila kita terus berjalan ke hadapan,kita akan temui keindahan itu
"Makin dalam kita menyelam ke dasar laut,makin cantik hidupan2 laut yang boleh kita nampak"
Macam tu lah hidup

Perasaan sedih,putus asa itu pasti ada apabila menerima ujian tapi,pintala pada Allah
Carilah Dia untuk kita luah apa kita rasa sebab Dia takkan pernah mengecewakan kita 
He is the Best Listener,ya know
Dia dah lama tunggu kita sebenarnya. Kita ja sibuk sanngat dengan dunia sampai lupa kat Dia
Carilah ketenangan dalam solat.
Pasti tenang hati tu bilamana mendapat ujian,inshaAllah
Dengan ujian juga,kita akan lebih matang selepas itu untuk membuat keputusan dan tindakan
Semoga Allah redha atas keikhlasan kita dalam menuju ke arah kebaikan

p/s: Mintak maaf ayat agak terabur dan tidak tersusun. Just a random thought from bottom of my heart. Moga kita kekal tabah dalam menghadapi apa2 sahaja ujian. Salam magrib..



2 comments:

  1. In shaa Allah semua apa yg brlaku ada hikmahnya..Allah with us..Be strong,Stay strong^_^

    ReplyDelete
  2. I hope it can makes us strong.. :( seriouss thank you for always there for me...:')

    ReplyDelete